Aktiviti 5:
Bengkel Pentafsiran item SSQS 2012
Bengkel Pentafsiran Item SSQS 2012
Tarikh : 27 Mac 2012
Tempat : Bilik bengkel PKG Kapar
Jumlah Peserta : 55 orang
Kehadiran : GPB / GICT
Bengkel Pentafsiran Item SSQS Peringkat PKG Kapar telah dijalankan pada 27 Mac 2012 bertempat di Bilik bengkel PKG Kapar. Seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada GPB / GICT sekolah-sekolah zon Kapar dan Klang Bandar telah dilibatkan dalam program tersebut.
Program telah dimulakan dengan taklimat pengisian data SSQS oleh En.Muhammad Ali bin Mat Sarif (PTP1 PKG Kuang) kepada semua peserta program. Program tersebut telah memberikan kaedah mengisi SSQS yang sebenar.
Semua peserta telah diberi penerangan oleh PTP 1 PKG Sitiawan berkaitan pengisian data 62 responden (sekolah biasa), 14 responden (SKM) bagi mempastikan semua sekolah zon PKG Kapar dan Klang bandar mencapai tahap pembestarian sekurang-kurangnya 3 hingga 5 bintang.
Semua sekolah juga turut diingatkan agar melengkapkan pengemaskinian data SSQS secepat mungkin dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian dan server SSQS.
No comments:
Post a Comment