Aktiviti 6
Bengkel Penghasilan Bahan Edu Web TV Dalam P&P
Tarikh : 3 April 2012
Tempat : Bilik bengkel PKG Kapar
Jumlah Peserta : 18 orang
Kehadiran : Guru APD
Bengkel Penghasilan Bahan Edu Web TV dalam P&P Untuk Guru APD sekolah rendah anjuran PKG Kapar telah diadakan pada 3 April 2012.Seramai 18 orang yang terdiri daripada Guru APD sekolah rendah zon PKG Kapar telah menghadiri bengkel tersebut yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Bilik bengkel PKG Kapar.
Penceramah bagi bengkel tersebut ialah En. Mohd Mohsan bin Hj.bahardin PTP1 PKG Pelabuhan Klang. Peserta telah diberi pendedahan berkaitan program Pinnacle bagi menghasilkan bahan P&P dalam kelas dalam usaha meningkatkan
pencapaian akademik sekolah-sekolah kelompok.
pencapaian akademik sekolah-sekolah kelompok.
Peserta telah berjaya menghasilkan bahan P&P dalam bentuk visual dengan baik sekali. Tahniah dan syabas kepada semua guru APD yang telah berjaya menjalani bengkel tersebut dengan bantuan penceramah yang berkepakaran dalam bidang ICT.
No comments:
Post a Comment