Latihan VLE-FrogAsia Siri 2 dan 3 Negeri Selangor.

KURSUS VLE 1BESTARINET


Adalah dimaklumkan bahawa Latihan VLE-FrogAsia Siri 2 dan 3 Negeri Selangor akan dijalankan pada 21 hingga 22 sept 2012 (Hotel Mandarin Court,KL) dan 28 hingga 29 sept 2012 Kuala Lumpur International Hotel KL.
PPD Daerah yang terlibat:
PPD Klang
PPD Sepang
PPD Hulu Selangor
PPD Petaling Perdana
PPD Petaling Utama

Makluman awal untuk sekolah yang terlibat - 


SENARAI SEMAK SEBELUM LATIHAN VLE BERMULA
1. Sekolah wajib buka email 1BestariNet (xxxxxx@1bestarinet.yes.my) di akaun google.
2. E-mail 1BestariNet telah diberi oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing ke sekolah.
3. Sila download VLE Confirmation.( Sekiranya tiada VLE Confirmation, sekolah belum tersenarai dalam    
    latihan VLE).
4. Buka fail excel tersebut dgn IC Pengetua/Guru Besar
5. Sila bawa fail excel tersebut ketika latihan.
6. Sila pastikan guru yg akan hadir kursus VLE telah mencuba dan membuka fail yang telah di ”download” 
    tadi sebelum latihan bermula.
7. Bawa fail VLE excel tersebut dihari kursus VLE.



SELAMAT HARI MALAYSIA



SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA DARIPADA KAMI WARGA PKG KAPAR

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2012

Kepada semua yang menduduki UPSR 2012 
semoga dapat menjawab soalan UPSR dengan cemerlang.

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-55


Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 negara Malaysia yang bakal disambut pada tanggal 31 Ogos 2012 ini, Pusat Kegiatan Guru Kapar (PKG KAPAR) mengambil kesempatan untuk mengucapkan

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada seluruh anggota Pendidik Malaysia . Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.

Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

“ Hari ini jalan ini, pasti semakin berliku, kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa, perjuangan kita belum selesai, hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya” Petikan Sajak Perjuangan Kita Belum Selesai - Nukilan Tun Dr Mahatdir Mohamad

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!