SSQS 2012 : 1 Ogos – 9 Sept 2012


SSQS 2012 : 1 Ogos – 9 Sept 2012 
Zon Tengah
(Selangor,K.Lumpur dan PutraJaya).
Pihak PKG telah menerima pemberitahuan bahawa SSQS untuk Negeri Selangor akan bermula 
1 Ogos – 9 Sept 2012   dan kali ini penekanan kepada kepentingan data adalah amat penting memandangkan akan diverifikasikan oleh pihak JNJK bersama BTP/BTPN/PKG.

Untuk negeri Selangor tarikh ini perlu diambil berat dan sila masukan dalam tarikh penting sekolah anda. Guru ICT dan Pentadbir diminta untuk memastikan pengisian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK



























PKG KAPAR MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA RAKAN TAULAN & PKG NEGERI SELANGOR. SEMOGA KITA BEROLEH KEREDHAAN DAN SENTIASA BERADA DALAM LINDUNGAN ALLAH S.W.T

PENGARAH JABATAN PELAJARAN SELANGOR



Tuan Hj. Mahmud bin Karim
Pengarah Pelajaran Selangor.
Bermula 2 julai 2012

BENGKEL TOKOH NILAM ZON PKG KAPAR 2012






Seramai 50 orang peserta telah terlibat dalam bengkel tokoh NILAM zon PKG kapar.Ianya melibatkan 18 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah.Bengkel ini telah diadakan pada 19 hb julai 2012 yang bermula pada 8.30 pagi hingga 5.00 ptg.Bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar bagaimana situasi sebenar apabila ke pertandingan NILAM Daerah.Selain daripada itu,pihak PKG dapat mencungkil bakat pelajar-pelajar untuk diketengahkan ke peringkat daerah pula.Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En.Md Yussuf bin Md Mohtar,Guru Besar SK Kapar,merangkap naib pengerusi JKPA PKG Kapar.Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Majlis Jasamu Dikenang Allahyarham Ustaz Hj Nik Mohamad Mohyideen

Majlis Jasamu Dikenang Allahyarham Ustaz Hj Nik Mohamad Mohyideen
Tempat: KISAS Klang
Masa :8.30 pagi






Tarikh: 14 Julai 2012

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS SK TOK MUDA

Pada 10 Julai yang lalu, pihak PKG Kapar telah mengadakan program khidmat bantu PSS
disekolah SK Tok Muda.Seramai 15 orang guru GPM zon PKG Kapar telah terlibat dalam
program itu.Penglibatan terdiri daripada JU negeri dan JU daerah.Hasil kerjasama daripada semua pihak,
program ini telah berjaya menceriakan dan mencantikan PSS SK Tok Muda dalam masa hanya 3 hari saja.Terima kasih diucapkan kepada semua guruGPM yang terlibat dalam program khidmat bantu ini.