Awal Muharram (Maal Hijrah) 1434


Salam Maal Hijrah 1434
Sempena sambutan peristiwa Hijrah yang bersejarah ini, marilah kita bersama-sama memperkuatkan keazaman dan mengembleng tenaga menjalankan kewajipan. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungiNya.

HAPPY DEEPAVALI 2012

HAPPY DEEPAVALI 2012

Pusat KegiatanGuru Kapar mengucapkan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan beragama Hindu. Semoga dengan hadirnya Pesta Cahaya ini akan membawa kebahagian dan keceriaan buat anda semua. Selaras dengan makna Deepavali @ Diwali itu sendiri: kehadiran cahaya kebaikan menewaskan kuasa kejahatan.

Raikanlah perayaan ini dengan kesederhanaan dengan meneruskan amalan kunjung mengunjung di antara rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.

24 lebuh raya akan memberi diskaun tol antara 5 hingga 37.5 peratus sempena Deepavali dan Awal Muharam.


Sempena Deepavali 24 lebuh raya akan memberi diskaun tol antara 5 hingga 37.5 peratus. Lima lagi berbuat demikian sempena Awal Muharam khamis depan.

 Rebat 20 peratus pada Deepavali dan 10 peratus pada Rabu dan Jumaat 
1.Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),
2.Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE),
3.Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH),
4.Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK)
5.Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura menawarkan rebat 20 peratus pada Deepavali dan 10  peratus pada Rabu dan Jumaat.

Diskaun 20 peratus kepada semua kelas tunai dan Elektronic Transfer Card (ETC) mulai 6 pagi Selasa hingga 6 pagi Rabu
6.Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH),
7.Lebuhraya Shah Alam-Kuang (GUTHRIE),
8.Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
9.Lebuhraya SMART

Diskaun 10 peratus mulai 11 pagi Isnin (12 Nov 2012) hingga 8 pagi Selasa (13 Nov 2012)
10.Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)

Diskaun 10 peratus pada Selasa (13 Nov 2012), 12 pagi hingga 11.59 malam
11.Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
12.Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP)

Turut memberi diskaun,
13.Lebuhraya Senai Desaru (SDE),
14.Lebuhraya Baru Pantai (NPE),
15.Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA),
16.Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS),
17.Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE),
18.Lebuhraya Shah Alam (KESAS),
19.Lebuhraya KLKarak (KLK),
20.Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
21.Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR).

Tol 60 sen 
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

Tol 20 sen pada hari Deepavali
Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT) sebanyak 20 sen

Diskaun 20 peratus pada hari Deepavali
Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)




Cuti Sekolah Akhir Tahun 2012


Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2012. Cuti sekolah tiba lagi!! Murid-murid bersorak riang kerana mereka akan bercuti panjang selama 7 minggu (53 Hari).
Justeru itu, manfaatkan masa anda dengan baik semasa cuti sekolah, agar anda tidak menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan bermanfaat.
Perlu diingatkan di sini,  kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun hadapan seperti UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM membuat persediaan sebagai persediaan awal sebelum masuknya sesi baru persekolahan 2013.
Selamat Bercuti diucapkan kepada semua.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2012

Warga PKG Kapar ingin mengucapkan “SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM dan STPM 2012″ kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Diseluruh Malaysia dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.

Pesanan untuk anda :
Jaga kesihatan anda
2 Jaga makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
3 Jangan mudah putus asa.
4 Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajud dan  sebagainya.
5 Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
6 Mohon maaf  dan  restu daripada kedua ibu bapa dan guru  sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan
7 Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan  semasa di dewan peperiksaan
8 Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang dan yang ditagih.
9 Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.
Akhir kalam, Selamat Maju Jaya. Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik. Amin

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1433


Warga Pusat Kegiatan Guru Kapar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha 1433, Maaf zahir & Batin buat semua warga pendidik dan semua rakyat Malaysia yang beragama islam.

Amalan Puasa Bulan Zulhijjah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya mendapat ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.
Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
.
Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”
.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)
.

Puasa 1 – 10 Zulhijjah

.
HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan.Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan..Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir..Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih).Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..
.
.

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagaiorang yang taat.”
.
.
Niat Puasa Hari Arafah;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.
.
Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.)

Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah

1.   Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”
2.  Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji
3.  Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.
.
.

Haram Berpuasa

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Umar ra: “Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.).
.
.

Puasa Tambahan

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah(9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkanberpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji,bersama-sama dengan Hari Arafah.
.
Hadis riwayat Ibni Abbas: “Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”
 .
Bertapa besarnya keistimewaan dan kelebihan puasa yang terdapat di dalam bulan Zulhijjah ini. Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya dengan melakukannya seikhlas hati.
.
Wallahu A’alam Bissowab
.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.